Pelakon aksi tumbuk teman wanita

Seorang wanita mendakwa ditumbuk teman lelakinya yang juga seorang pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, di sini, awal pagi semalam,

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 25 tahun pada pukul 6 petang semalam.

Jelasnya, mangsa memaklumkan kejadian berlaku apabila dihubungi teman lelakinya yang berusia 37 tahun kerana perselisihan faham kira-kira pada pukul 3 pagi.

Sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya sekitar pukul 4 pagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online. 

Ujar beliau, lelaki berkenaan bertindak memarahi dan menumbuk mata kiri serta badan wanita berkenaan.

Kes disiasat di bawah 323 Kanun Keseksaan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok