Patah tulang pipi, Gyuri direhatkan

MALANG tidak berbau, penyanyi kumpulan KARA iaitu Gyuri mengalami kecederaan pada wajah tetapi tidak mendedahkan punca kejadian.

Sehubungan itu, agensi Big Boss Entertainment memaklumkan Gyuri atau nama sebenarnya, Park Gyu-ri, 36, akan menjalani pembedahan.

“Park Gyuri mengalami patah tulang pipi dan cedera pada bola matanya semasa menjalani aktiviti peribadinya baru-baru ini.

Dia dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Memandangkan ada bahagian yang patah, Gyuri akan menjalani pembedahan dan dijangka pulih dalam tempoh empat hingga lima minggu.

“Selepas berbincang dan mendapatkan pandangan pakar perubatan, kami akan merehatkan Gyuri buat sementara waktu agar dia dapat fokus dengan proses pemulihan,” kata wakil agensi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok