Netizen ‘naik hantu’ Ruhainies, Aliff sedondon, ceria ke mahkamah

KALAU sudah benci, tindakan pelakon sensasi Aliff Aziz dan Ruhainies menyantuni petugas petugas media semasa hadir ke pertuduhan kes khalwat mereka hari ini pun dijadikan ‘bahan’ netizen yang rata-rata menzahirkan rasa kurang senang.

Kelibat kedua-duanya yang dilihat berpakaian sedondon, seiringan dan ceria ketika memasuki perkarangan mahkamah disifatkan rata-rata netizen sebagai tidak wajar memandangkan Aliff baru sahaja bercerai dengan isterinya, Bella Astillah pada 13 Jun lalu.

Netizen juga mempersoalkan mengapa mereka perlu hadir bersama sekiranya tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Orang pergi ke mahkamah untuk kes khalwat kalian berdua. Seharusnya mempunyai sifat malu, tetapi ini gembira dan mempamerkan wajah tidak bersalah.

“Pertama kali melihat pasangan yang ditangkap kes khalwat tersenyum lebar hadir ke mahkamah. Tiada rasa malu langsung.

Ucapan minta doa yang baik-baik untuk kes khalwat. Kalau bercerai kita boleh pertimbangkan, tetapi ini melibatkan perkara maksiat. Macam mana hendak doakan yang terbaik

“Kalau aku jadi wartwaran, aku tanya macam mana hari ini, macam tiada rasa malu,” antara luahan netizen.

Netizen memberi reaksi demikian apabila video kedua-dua pelakon terbabit tiba di mahkamah hari ini tular di media sosial.

Bagaimanapun, ada juga yang mengharapkan agar kedua-dua pelakon terbabit mengakhiri kontroversi mereka dengan berumah tangga.

Muka sahaja mempamerkan manis-manis (wajah ceria), tetapi gelora dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu.

“Kalau begini gaya, lebih baik kahwin saja.

Bagai pinang dibelah dua. Nampak serasi,” ujar netizen lagi.

Aliff Aziz, 33, dan Ruhainies, 32, hari ini hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar pukul 9.05 pagi ini bagi pertuduhan kes khalwat.

Turut hadir sama Peguam Syarie Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani yang mewakili kedua-dua selebriti sensasi itu.

Pada 9 Mac lalu, Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di kediaman mewah pelakon wanita itu yang terletak di tengah ibu kota. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok