PENAMPILAN pempengaruh yang juga anak kepada pelakon Norman Hakim, Marissa Dania mencuri perhatian ramai apabila dikatakan sedang hamil cahaya mata pertama.
Perkara itu hangat diperkatakan selepas segelintir netizen mendakwa bentuk perutnya seperti wanita yang berada pada fasa pertama hamil menerusi sebuah video dimuat naik dalam akaun TikToknya.
Lebih menguatkan spekulasi apabila peminat mendakwa wanita berusia 19 tahun itu kelihatan agak buncit semasa mendukung seorang bayi perempuan menerusi video berdurasi enam saat tersebut.
“Nampak macam ‘baby bump’,” komen seorang peminat.
“Semua orang nampak tak perut dia atau saya seorang sahaja yang perasan?” soal pengikut.
“Macam ada isi sahaja,” ujar seorang netizen.
Sebelum ini, spekulasi kehamilannya mula bertebaran selepas dia menunjukkan foto gula-gula asam yang dipercayai dapat mengurangkan alahan mengandung.
Terdahulu, Marissa bernikah secara rahsia dengan bekas rakan sekolahnya, Ahmad Aslam di Thailand ketika isteri pertama lelaki itu mengerjakan umrah pada 27 Disember tahun lalu. – HIBGLAM
View this post on Instagram