Nama dijentik, IG, TikTok Saixse ‘diserang’ netizen

NAMA dipetik sebagai individu didakwa melakukan aktiviti tidak bermoral, menghamilkan seorang wanita dan mengasari kekasih, ruangan komen akaun media sosial Instagram dan TikTok penyanyi rap yang popular dengan lagu Malam Pagi, Saixse kini dibanjiri komen netizen.

“Parkir sekejap sementara tunggu ahli-ahli lain. Satu sahaja nak tanya, dulu awak penghantar makanan kan?,” tanya netizen.

“Ada khabar angin terpalit nama awak. Betulkah?,” soal pengikut.

“Dia dah lama rancang dalam lagu, kita sahaja yang lalai,” ujar netizen lain.

Semalam, seorang pengguna media sosial mendedahkan aktiviti penyanyi muda yang dikatakan sering melanggan pelacur, telah menghamilkan seorang wanita dan memukul kekasih.

Sehingga kini, Saixse bagaimanapun belum memberikan respons terhadap kontroversi yang menjatuhkan namanya.

Berdasarkan pemerhatian HibGlam, penyanyi itu kini berada di Sarawak kerana terlibat dengan penganjuran sebuah festival muzik di sana. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok