Sempena ulang tahun cucu, Ayden dan Ara, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza menitipkan ucapan istimewa dalam media sosial selepas tidak dapat bertemu dua kanak-kanak itu.
Hafiza atau Siti Hafiza Basharahil mengakui sangat merindui kedua-dua insan kesayangannya sehingga sanggup menghantar hadiah hari jadi.
Selamat hari lahir buat cucu-cucu umi wan dan tok ayah, Ayden dan Ara yang sangat kami rindui.
“Walaupun kami tidak dapat berjumpa atau bercakap dengan Ayden dan Ara sehingga hari ini, kami tidak akan pernah berhenti menjadi sebahagian daripada kehidupan kalian. Insya-Allah.
Nikmati hari awak, sayang. Kami tinggalkan hadiah dan harap kalian menerimanya,” katanya menerusi Instagram.
Dalam masa sama, Hafiza yang lebih mesra disapa Fiza itu turut mendoakan cucu sulungnya, Ayden Adrean yang menyambut ulang tahun hari ini agar menjadi insan cemerlang.
Masya-Allah, alhamdulillah Ayden sudah berusia tujuh tahun hari ini.
“Umi wan, tok ayah, daddy, aunty Aisyah dan Aunty Ain doakan Ayden panjang umur, menjadi anak soleh dan khalifah yang berjaya di dunia serta akhirat,” jelasnya.
Difahamkan, Fiza menitipkan ucapan ulang tahun buat cucu perempuannya, Ara Adreanna awal 10 hari yang sepatutnya jatuh pada 18 Julai depan.
Selain itu, dia sangat berharap dapat bertemu kembali bersama dua cucunya itu yang sudah lama terpisah
Semoga bertemu lagi insya-Allah. Kami sayang kalian berdoa sampai bila-bila,” tuturnya.
Pada 13 Jun lalu, Aliff dan pelakon Bella Astillah sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3. –HIBGLAM