186
TERPENGARUH dengan trend mencacah tatu celak pada kelopak mata, pelakon Han Ye-seul mengakui menyesal dengan perbuatan sehingga terpaksa menjalani prosedur laser untuk membuangnya semula.
Ujar wanita berusia 42 tahun itu, proses membuang tatu bukan proses mudah malah terpaksa menanggung kesakitan demi mengembalikan bentuk matanya kepada asal.
“Saya buang tatu celak saya hari ini, sekarang mata saya akan nampak lagi cantik.
Saya menangis sepanjang prosedur sebab sakit sangat, tahap kesakitan adalah 10.
“Jujur memang saya menyesal buat. Saya jadikan ini sebagai pengajaran agar tidak mudah terpengaruh dengan trend pelik-pelik,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram. – HIBGLAM