Menara wang tunai 8 tingkat hadiah ulang tahun Aurel

SEBAGAI lambang kasih tidak bertepi, pempengaruh popular Atta Halilintar menghadiahkan ‘timbunan’ wang tunai kepada isteri tercinta, Aurel Hermansyah sempena ulang tahun kelahiran ke-26 baru-baru ini.

Lebih mengujakan, wang tersebut disusun dan dibentuk menjadi beberapa replika seperti beg tangan, jambangan bunga serta sebuah menara lapan tingkat.

Kata Atta, di sebalik simbolik penghargaan buat isterinya yang meraikan ulang tahun kelahiran, wang tunai tersebut juga dapat memudahkan wanita itu untuk mendapatkan barangan dikehendakinya.

Atta turut mengharapkan agar pemberian tersebut dapat menghiburkan hati si isteri agar tidak berasa tertekan dengan komen negatif netizen.

“Saya memberinya duit sahaja kerana bimbang jika dibelikan barangan lain, lain pula yang diminta.

“Diharapkan hadiah ini secara tidak langsung membahagiakan dia seterusnya tidak terlalu memikirkan pandangan negatif orang ramai dalam media sosial.

“Selain dapat beli hadiah, wang ini boleh diagihkan kepada golongan memerlukan,” katanya.

Terdahulu Aurel sering menjadi mangsa buli siber apabila khalayak mengkritik bentuk tubuhnya.

Bukan sahaja itu, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2021 itu dikatakan tidak mendapat restu keluarga.

Pasangan romantik itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Ameena, 2 dan Azura yang kini berusia setahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok