SEAKAN memulangkan paku buah keras, pelakon Ruhainies memuat naik babaknya menangis dalam drama Terjerat lakonan bersama Aliff Aziz.
Menurut Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, tangisan tersebut hanya diberikan untuk babak yang memerlukan dia menangis sekali gus memenuhi kehendak skrip.
Menangis apabila bekerja pandailah.”
“Kita beri 100 peratus komitmen” katanya ringkas dalam InstaStory.
Menerusi hantaran tersebut, Ruhainies mengulang siar babaknya yang sedang menitiskan air mata.
Sementara dalam ruangan komen hantaran video dimuat naik menerusi akaun Iqiyi itu dibanjiri dengan komen netizen berbaur sindiran terhadap Ruhainies dan Aliff yang merupakan bintang utama drama tersebut.
“Rupa-rupanya pandai menangis.
Pandai pula keluarkan air mata. Kata tak pandai menangis depan kamera,” tulis netizen.
Hari ini, Ruhainies mengundang kecaman ramai apabila mengakui tidak pandai berlakon menitiskan air mata depan kamera dengan niat menunjukkan kesedihan.
Saya tak mahir berlakon, tidak pandai menangis depan kamera,” tuturnyaa.
Sebelum itu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz hari ini atas pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.
Mahkamah menetapkan prosiding seterusnya akan disambung pada 17 Oktober depan.
Terdahulu pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.
Kehadiran mereka berdua dipercayai atas tujuan lanjutan bon jamin berkenaan kes tangkap khalwat pada Mac lalu.
Pada 8 Mac lalu, nama Ruhanies kembali menjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
Rentetan itu, bekas isteri, Aliff iaitu Bella Astillah memfailkan cerai sebelum mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada 13 Jun lalu. – HIBGLAM