SUDAH seminggu menjadi tetamu Allah, pelakon Bella Astillah menzahirkan rasa syukur diberi kesempatan menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah menunaikan umrah.
Hilang segala derita, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, berkata keberadaan di sana dapat menenangkan hatinya yang selama ini dihimpit kebimbangan.
Mekah adalah tempat hati mendapat ketenangan, ketika kita menyerahkan kebimbangan dan keinginan kita kepada Allah.
“Terima kasih ya Allah kerana menjemputku menjadi tetamu Mu. Tidak terungkap dengan kata-kata atas segala nikmat daripada-Nya,” kata Bella menerusi hantaran dalam Instagram.
Ibu kepada dua cahaya mata itu menangis teresak-esak syahdu melihat Kaabah sehingga perlu ditenangkan rakan jemaah lain.
Hantaran penuh sayu itu ternyata menyentuh hati ramai netizen yang rata-rata mendoakan Bella mendakap kebahagiaan yang selayaknya selepas melalui pelbagai episod derita.
“Mengadu sepuasnya kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar, saya doakan awak pulang nanti dengan keadaan tenang dan lupakan segala memori pahit,” komen netizen.
“Memang sakit, awak wanita kuat Bella, moga dikurniakan kebahagiaan berterusan oleh Allah, awak sudah lama menderita,” tulis seorang lagi peminat.
Difahamkan, ini bukan kali pertama pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu menunaikan umrah.
Sebelum ini dia pernah ke Mekah bersama bekas suami yang juga penyanyi, Aliff Aziz sekitar 2022 dan turut disertai ibu serta bapanya.
Bella yang kini masih dalam tempoh idah bercerai talak satu dengan Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu selepas melalui pelbagai episod hitam dalam rumah tangganya. – HIBGLAM
View this post on Instagram