Maaf, saya bukan hospital untuk jawab penyakit anda – Elyana

MENJADI ‘kaunter pertanyaan’, penyanyi Elyana menzahirkan rasa geram apabila dihujani pelbagai soalan malah dijadikan tempat rujukan mereka yang menghidapi penyakit serupa sepertinya.

Pernah dimaki hamun apabila tidak dapat memberikan jawapan memuaskan hati, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 37, berkata, dia juga seorang pesakit, bukan pakar dalam bidang perubatan.

Minta maaf. Saya bukan klinik atau hospital untuk semua orang nak dapatkan jawapan tentang penyakit ya. Saya pun pesakit macam anda.

“Berat jadi saya ni. Nak kena layan semua orang apabila diperlukan.

Bila ada yang tak kena di mata, orang maki hamun saya macam saya tak ada perasaan. Saya bukan malaikat,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram Story.

Enggan masuk campur perkara yang bukan bidangnya, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu meminta orang ramai  merujuk penyakit mereka kepada pakar perubatan.

Kalian kata saya ahli neraka, takkan masih nak minta tolong saya?

“Ramai lagi orang yang bijak pandai dekat luar sana,” ujarnya.

Sebelum ini, menerusi ruangan komen, terdapat seorang pengikut penyanyi itu dipercayai menghidap kanser bertanyakan kepadanya tentang amalan dilakukan untuk sembuh.

Tiada rutin istimewa, Elyana memberitahu kesembuhannya adalah dengan kuasa Allah SWT. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok