Lucu, Anzalna takut orang tak kenal

TIDAK aktif dalam media sosial tetapi apabila muncul, terus jadi bualan ramai.

Itu yang berlaku pada Anzalna Nasir apabila pertama kali muncul dalam siaran langsung TikTok sehingga tular baru-baru ini.

Sepanjang tempoh siaran langsung, ramai yang terhibur dengan sikap Anzalna yang dilihat malu-malu kerana tidak biasa melakukan aktiviti tersebut.

Saya sudah lama hendak buat siaran langsung dalam TikTok tetapi rasa segan.

Risau orang masih kenal ke Anzalna Nasir, tiada yang nak tonton atau bosan dengan saya,” ujarnya.

Rata-rata netizen turut meminta Anzalna agar lebih aktif dalam platform TikTok selepas ini kerana terhibur dengan sikapnya yang bersahaja dan mudah terhibur. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok