356
SEBELUM ini, bentuk badan bintang media sosial, Kasih Iris Leona pernah dikecam teruk sehingga dilabel gemuk!
Kini, semua tanggapan itu seperti sudah lenyap apabila Leona memuat naik sebuah video yang menampakkan bentuk badannya semakin langsing.
Perkongsian tersebut mengejutkan ramai sehingga menjadi bahan bualan netizen yang memintanya berkongsi tip kurus.
Kata Leona, dia hanya melakukan rutin ke gimnasium dan mendapat rawatan di klinik.
Jangan bandingkan saya dengan anda sebab saya masih belum berpuas hati dengan pencapaian sendiri.
“Saya lakukan semua ini bukan kerana kecaman negatif tetapi kerana ingin mendapatkan sesuatu lebih baik untuk diri sendiri,” ujarnya.