Konsert percuma Exists, Ungu Ahad ini di MAEPS!

Impian dua buah kumpulan popular Nusantara iaitu Exists dan Ungu untuk berkongsi pentas dalam satu konsert bakal terlaksana apabila mereka ‘berentap’ pada Konsert Hari Peneroka Felda 2024 di MAEPS, Serdang.

Yang menariknya, konsert yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini (14 Julai 2024) bermula pukul 8 malam  terbuka untuk semua secara percuma!

Nantikan kemunculan dua buah band gergasi yang pastinya anda nanti-nantikan.

Konsert yang bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini bakal disajikan dengan lagu-lagu hits daripada dua buah kumpulan ini.

Setelah selesai berkonsert, para pengunjung boleh terus setia menonton kerana pihak Felda juga akan membawakan perlawanan akhir Euro 2024 di layar besar LED yang sama.

Sama- samalah kita raikan dan saksikan perlawanan akhir bola sepak penuh debaran ini beramai-ramai.

Pastikan anda jangan lepaskan peluang menemui Exists dan Ungu. Kunjungi sambutan Hari Peneroka Felda bermula 12 hingga 14 Julai, 2024 di MAEPS Serdang. Jumpa di sana! – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok