TINDAKAN pelakon Bella Astillah yang mempamerkan kebolehan menangis di depan kamera telah mengundang pelbagai reaksi netizen dalam media sosial.
Perkara itu tercetus apabila Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, 30, memuat naik video dalam Instagram bersama gambar dirinya sedang mencebik bibir.
Tanpa memberikan sebarang kenyataan, Bella hanya menulis Aulia Jane Kristoph di ruangan kapsyen gambar tersebut.
Susulan perkongsian berkenaan, netizen rata-rata mendakwa tindakan Bella itu bertujuan untuk menyindir bekas kawan baiknya, Ruhainies yang mengakui tidak pandai menangis depan kamera.
Mesti tengah sindir pelakon yang seorang lagi itu kan. Dia mengaku tidak pandai menangis depan kamera.
“Gambar pertama mesti sebab ada dua budak hitam.
Jangan hanya pandai pakai solekan setebal lima inci, tetapi tidak tahu berlakon.
“Kalau macam ini baru boleh kata doakan yang baik-baik. Bukan sudah buat salah, tetapi ingin minta doa yang baik-bail,” komen netizen.
Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, mengatakan dirinya tidak pandai menitiskan air mata depan kamera ketika menyangkal dakwaan tidak sensitif kerana hadir ke mahkamah dengan wajah ceria dan tersenyum lebar bagi perbicaraan kes khalwat dengan Aliff.
Katanya, dia hadir dengan senyuman lebar kerana berasa gembira apabila berpeluang bertemu dengan pihak media.
Hari ini, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan atas pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun pernah bercerai 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.- HIBGLAM