Kes culik meningkat, Qistina Khaled traum keluar bersendirian

PEKA dengan kes penculikan yang semakin membimbangkan, pelakon Qistina Khaled mengambil langkah berjaga-jaga dengan setiasa berteman.

Menurut  Qistina, dia juga tidak mendedahkan lokasi keberadaannya bagi mengelakkan risiko diekori berikutan identitinya dikenali ramai.

“Kadang-kadang kita pun takut sebenarnya sebab tiba-tiba sahaja kes begini (penculikan) muncul serentak.

“Apa saya buat adalah pergi ke mana-mana mesti berteman sebab kena berjaga-jaga. Sudah semestinya saya tidak boleh dedahkan lokasi saya.

“Orang yang tidak tahu sesiapa pun boleh kena culik, bayangkan kita berjumpa ramai orang tidak mustahil terjadi kepada kita,” katanya kepada HibGlam usai tayangan eisod final Ke Kodiang With Love, baru-baru ini.

Dalam masa sama, pelakon drama Aku Bukan Ustazah itu bersyukur tidak pernah melalui pengalaman diekori penghendap tetapi sering berhadapan kritikan dan cemuhan netizen.

“Alhamdulillah, lega sebab saya belum pernah diekori lagi. Setakat berada dalam industri tiada benda negatif yang datang kepada saya.

“Cuma komen negatif ada. Saya ambil semuanya sebagai pujian dan apa mereka cakap mungkin ada betulnya.

“Lagipun, saya sudah letakkan dalam minda kalau mahu masuk industri memang kena hadap. Kena tunjuk kuat, kalau nampak lemah lagi orang suka dan bagi saya sesiapa yang suka komen cuma mahukan perhatian,” jelasnya.

Ditanya mengenai kemungkinan menggunakan khidmat pengawal peribadi bagi menjaga keselamatannya, Qistina yang mesra disapa Qis itu tidak terfikir berbuat demikian kerana keadaan masih terkawal.

“Setakat ini memang tidak ambil pengawal peribadi sebab kehidupan saya hanyalah pergi dan pulang kerja sahaja. Memang tak keluar rumah sangat,” ujarnya.

Perkembangan lain, Qistina bergandingan bersama Hun Haqeem dalam mini siri Ke Kodiang With Love terbitan Gempak dengan kerjasama Ribena.

Siri yang diarahkan Afiza Asram itu ditayangkan menerusi semua platform Gempak dengan total enam episod bermula 5 April lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok