BARU sahaja mengumumkan mahu kembali aktif dalam dunia hiburan, sudah ada pihak yang mula tidak senang duduk dengan kemunculan semula pelakon dan penyanyi sensasi, Nonny Nadirah.
Menerusi perkongsian dalam akaun media sosial Instagram, Nonny atau nama lengkapnya Nonny Nadirah Zainuddin, 35, mendedahkan ada pihak yang risau kehilangan tawaran.
“Belum mula apa-apa pun lagi. Yang satu dah takut ‘job’ kena caras. Yang satu lagi tak boleh tengok aku duduk dalam industri.
Jangan risau aku tak hadap pun nak masuk industri. Jangan risau ‘job’ anda semua tak akan kena caras. Jangan risau aku tak hadap laki (suami) anda semua,” tulisnya.
Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kelima itu turut menafikan dakwaan dirinya terlibat dengan najis dadah.
Aku bersih. Aku tak ambil dadah. Kau nak kenakan aku lagi? Mari cuba sampai mati.
Tawakal aku hanya pada Allah,” tulisnya.
Nonny juga mengakui bengang dengan pihak yang tidak serik merosakkan nama baiknya.
Waktu pakai tudung, macam-macam anda buat. Bila buka tudung, tazkirah dosa sampai terlepas pandang pekung sendiri.
“Kau nak rosakkan nama aku lagi suka hati kau lah. Kau bukan tuhan,” tulisnya.
Terdahulu, semalam HibGlam melaporkan Nonny sudah bersedia untuk menerima tawaran menyanyi dan berlakon selepas tiga tahun menyepi. – HIBGLAM