Jung Yoo-min kahwin Ogos ini

TIADA angin tiada ribut, pelakon Jung Yoo-min mengejutkan peminat apabila mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya Ogos ini.

Mahu menjaga privasi, aktres berusia 33 tahun itu bagaimanapun, lebih selesa untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya dan hanya memaklumkan calon suaminya itu bukan dalam kalangan selebriti.

Pelakon drama Perfect Marriage Revenge itu mengambil keputusan berkahwin selepas dua tahun menyulam cinta dengan lelaki terbabit.

Syarikat pengurusannya, Big Feature E&T pula dalam satu kenyataan meminta peminat mendoakan urusan dan perancangan aktres berkenaan berkahwin berjalan lancar.

“Diharap anda semua dapat mendoakan kebahagiaan Yoo Min dan pasangan untuk memulakan kehidupan sebagai suami isteri,” kata wakil syarikat berkenaan.

Difahamkan, majlis perkahwinan pasangan itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan terdekat pasangan tersebut.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok