Jumpa Tohpati, Misha Omar telik Instagram takut penyamar

BAGAIKAN bermimpi, penyanyi Misha Omar teruja bertentang mata dengan komposer Indonesia, Tohpati yang juga pengubah melodi lagu barunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Yogyakarta, Indonesia baru-baru ini.

Ujar Misha atau nama sebenarnya Samihah@Aisah Omar, 42, impian untuk bertemu pemuzik tersohor dari seberang tu menjadi kenyataan pada momen tidak dijangka.

Sekian lama menunggu peluang bertemu dengan orang yang dipertanggungjawabkan mencipta susunan lagu baharu saya, akhirnya Allah SWT pertemukan kami secara tidak sengaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Yogyakarta.

“Kami duduk sebelah menyebelah bertemankan kopi panas dan roti bakar yang dipesan masing-masing.

“Pengurus saya, Mimie Omar sempat meneliti gambar Tohpati dan isterinya, Ratih dalam Instagram bagi memastikan lelaki disebelah kami bukan penyamar,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Yakin individu itu Tohpati , Misha bertindak menghampiri lelaki terbabit sekali gus meleraikan persoalan sama ada kerjamasama mereka masih diteruskan atau sebaliknya.

Setelah memperkenalkan diri saya penyanyi yang belum masuk studio lagi walaupun lagu sudah siap pada suku pertama tahun ini,  Tohpati terus cakap ingatkan projek tidak jadi.

“Kata Tohpati lagi, dia sudah terima bayaran dan mungkin sudah habis (digunakan) namun penyanyinya belum masuk studio,” kata Misya.

Menerusi hantaran itu, Misha turut memberikan bayaran projek terbaharuya bersama Sony Music Malaysia akan membabitkan komposer berkenaan.

Ada apa dengan Misha Omar X Tohpati?”

Penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta itu juga berharap peminat bersabar dan mendoakan agar single tersebut berjaya disiapkan selain memberikan bayangan tentang konsert.

“Ya, kami sedang menghasilkan sesuatu untuk kalian. Doakan dan tunggu ya, mungkin perlu berzikir supaya hati saya dan kalian juga bersabar menunggu projek ini siap.

Kita lancar lagu ini dan mungkin boleh nyanyi bersama-sama dalam konsert nanti. Apa kata anda semua?

“Lagu baharu saya, susunan Tohpati, jadi lagunya ciptaan siapa? Eh sabarlah, nanti kita borak hari lain. Bye,” ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.

Hampir empat tahun mendiamkan diri, Misha muncul dengan buah tangan baharu berjudul Masihkah Ada Rasa Itu yang menjadi runit bunyi drama rantaian Wanita Syurga pada Mac lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok