Joy ‘buat’ kelopak mata?

Nama anggota kumpulan Red Velvet, Joy kembali meledak dalam media sosial gara-gara perubahan ketara pada kelopak mata hingga timbul spekulasi dia melakukan pembedahan plastik.

Semuanya bermula apabila idola berusia 27 itu baru-baru ini muncul dalam pelbagai program muzik untuk mempromosikan album Cosmic setelah sekian lama tiada naskhah baharu. 

Susulan kemunculannya, ramai netizen terkejut dengan perubahan ketara pada wajahnya seperti ada sesuatu yang bukan seperti kebiasaannya. 

“Macam pelik sahaja wajah Joy, berbeza dengan penampilannya dahulu, saya syak dia buat pembedahan plastik pada kelopak mata,” komen netizen itu.

“Mustahil untuk dia nafikan, memang nampak jelas ada sesuatu yang dia ubah pada wajah, kelopak mata itu seperti buatan doktor bukan Tuhan,” demikian komen seorang lagi pengguna media sosial.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok