Jong-kook pangkah cinta sesama artis

DALAM episod terbaharu rancangan aneka ragam popular Running Man, penyanyi Kim Jong-kook mengakui tidak berminat bercinta dengan rakan selebriti.

Semuanya bermula apabila sahabatnya iaitu Yoo Jae-suk memaksa penyanyi berusia 48 tahun itu mendedahkan nama bekas kekasihnya.

Bagaimanapun, Jong-kook enggan berbuat demikian kerana menghormati banyak pihak dan memaklumkan tidak pernah bercinta dengan rakan artis.

Dalam masa sama, pelantun lagu One Man itu turut berkongsi detik perkenalan dengan orang baharu menerusi temannya selain menasihati selebriti agar menjauhkan diri daripada indvidu yang dikenali melalui mesej langsung (DM). – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok