Jin lepas rindu peminat

MESKIPUN baharu sahaja menamatkan perkhidmatan ketenteraan, penyanyi kumpulan BTS iaitu Jin kini rancak memenhui jadual kerjaya seni.

Sedar peminat tertunggu-tunggu akan kehadirannya, pemilik nama lengkap Kim Seok-jin itu sudah membuat penggambaran dalam rancangan aneka ragam.

Dia juga meminta peminat bersabar selain memberi bayangan bakal tampil dengan lagu baharu dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, pelantun lagu The Astronaut itu tidak mempunyai sebarang rancangan untuk terlibat dalam bidang lakonan buat masa ini.

Bagi memenuhi kepuasan peminat, jadual kerja Jin sangat padat dan hanya sehari selepas menamatkan perkhidmatan tenteranya pada pertengahan Jun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok