Ji soo buat ‘comeback’, pilih Filipina

SELEPAS tiga tahun menyepi akibat terpalit dalam kes buli, pelakon Kim Ji-soo akhirnya kembali aktif dalam industri seni.

Lebih menarik, Ji-soo kini terlibat dalam naskhah luar negara iaitu di Filipina yang berjudul Black Rider.

Drama tersebut bakal diterajui ramai bintang terkenal Filipina termasuk Ruru Madrid dan Yassi Pressman.

Menurut sumber, aktor berusia 31 tahun itu akan melakonkan watak protagonis dalam siri tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok