Jennie dalam Deadpool & Wolverine?

TIADA angin tiada ribut, nama anggota kumpulan Blackpink, Jenny meledak dalam media sosial apabila terdapat desas-desus mendakwa penyanyi bakal membuat penampilan khas dalam filem Marvel, Deadpool & Wolverine.

Semuanya tercetus apabila kredit akhir filem berkenaan memaparkan nama Jennie membawa watak sebagai Deadpool Korea.

Enggan tertipu, terdapat netizen menyifatkan khabar angin itu adalah satu penipuan kerana nama yang dipaparkan bukan Jennie Ruby Jane yang sering digunakan penyanyi itu dalam bidang lakonan.

“Tak mungkinlah, ini mungkin berita palsu.

“Dia tidak sepatutnya menggunakan nama kumpulan nyanyiannya dalam filem,” kata netizen itu.

Dakwaan semakin kukuh apabila tular sebuah lagi video dalam media sosial yang jelas memaparkan nama pelantun lagu Solo itu.

Difahamkan, video tersebut dimuat naik seorang individu yang menghadiri tayangan perdana filem tersebut.

Sehingga kini, baik Jennie mahupun agensinya belum membuat sebarang kenyataan rasmi untuk menjawab kesahihan khabar angin tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok