Jazmy Juma ada ‘vibe’ Aiman Hakim Ridza?

SELEPAS tamat drama Dua Darjat, slot Akasia TV3 kembali dihiasi dengan naskhah terbaharu berjudul Nuh & Nayla.

Meskipun membariskan wajah-wajah segar seperti Jazmy Juma, Scha Elinnea, Ezzanie Jasny dan Arfie Shah, drama ini berjaya mencuri perhatian ramai sehingga tular dalam media sosial.

Secara ringkas, naskhah arahan Idora Abdul Rahman itu mengisahkan pengorbanan Nayla lakonan Scha sanggup berkahwin dengan Nuh (Jazmy) selepas diamanahkan oleh kakak angkatnya yang disahkan menghidapi kanser.

Bukan sahaja plot cerita yang dikatakan menarik, watak hero iaitu Jazmy turut berjaya memancing perhatian ramai kerana wajah dan personalitinya dikatakan mirip Aiman Hakim Ridza.

Jalan cerita drama ini berbeza ditambah pula heronya ada ‘vibe’ Aiman Hakim.

“Mula-mula ingatkan Aiman berlakon, rupa-rupanya pelakon baharu. Okeylah ada potensi jadi hero pelapis,” komen netizen.

Jazmy (duduk atas) mencuri tumpuan menerusi drama terbaharu, Nuh & Nayla. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok