Jay Park nak wujudkan platform ‘konten’ dewasa

Tiada angin tiada ribut, penyanyi rap Jay Park mengejutkan peminat apabila memaklumkan dia akan membuka akaun OnlyFans iaitu perkhidmatan langganan yang terkenal dengan kandungan dewasa.

Tanpa segan silu, jejaka berusia 37 tahun itu meminta pemuja bakatnya untuk melanggan akaun tersebut yang menggunakan nama McNasty.

“Jom langgan akaun OnlyFans saya iaitu McNasty yang baru dilancarkan semalam (30 Jun),” katanya menerusi hantaran dalam platform media sosial

Pengumuman itu mengejutkan peminat yang tertanya-tanya sama ada bintang asal Korea Selatan itu serius atau hanya sekadar bergurau.

Pun begitu, ramai berasakan perkara tersebut hanyalah sekadar teknik pemasaran melancarkan lagu baharunya.

Setakat ini, akaun berkenaan hanya memuat naik video pendek dan foto yang menggoda untuk lagu McNasty.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok