Izreen Azminda bagi nama anak keempat Andika Yusuf

PELAKON Izreen Azminda selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 24 Julai lalu.

Bayi seberat 3.02 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan caesarean sama seperti kelahiran tiga anaknya sebelum ini.

Berita gembira tersebut dikongsi, Izreen menerusi Instagramnya sebentar tadi dengan memuat naik sekeping gambar yang menutup wajah anaknya.

“Assalamualaikum semua. Saya Andika Yusuf. Baby boy. Mana yang teka baby girl tidak apa, Mama aminkan saja. Insya-Allah nanti ada rezeki lagi,” tulis Izreen dalam Instagramnya sebentar tadi.

Meskipun telah mempunyai pengalaman melahirkan anak secara pembedahan sebelum ini, akui Izreen kali ini pengalamannya sedikit berbeza.

“Kelahiran kali ini sedikit berbeza kerana saya rasa lebih rasa sakit berbanding tiga anak sebelum ini.

“Tetapi semuanya berjalan dengan lancar. Apa yang penting saya dan anak berada dalam keadaan stabil,” kata Izreen ketika dihubungi sebentar tadi.

Dalam pada itu, Izreen, 39, akan berpantang di kediamannya di Kuala Lumpur.

Bayi yang baru dilahirkan ini merupakan anak ketiga hasil perkongsian hidup bersama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude yang dikahwini pada 8 Ogos 2017.

Hasil perkongsian hidup bersama Ude, Izreen dikurniakan seorang dua lelaki, Aaron Ibrahim, 5, dan Ali Idrees yang berusia tiga tahun.

Pelakon kelahiran Perlis itu turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 11, menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok