Ira Kazar makin cantik, berseri-seri

BENARLAH orang kata, rakyat Malaysia memang mudah memaafkan dan melupakan segala kesalahan individu lain dalam tempoh yang singkat.

Itu yang berlaku apabila membaca ruangan komen sebuah perkongsian video TikTok yang memaparkan Ira Kazar menemani kakak iparnya iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan baru-baru ini.

Disebabkan lama tidak melihat kemunculan isteri kepada sutradara Syamsul Yusof itu dalam media sosial, ramai yang terkejut dengan penampilan barunya kerana dikatakan semakin berseri-seri!

Nampak cantik Ira. Sudah tidak tahu nak sokong siapa, apa pun semoga perkahwinannya terpelihara.

“Lama tak nampak Ira, semakin cantik pula,” puji netizen.

Sehingga hari ini, masih tiada sebarang pengesahan tentang khabar angin mendakwa dia sudah berbadan dua seperti yang tular sejak awal tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok