‘Ingatkan artis Korea mana, rupanya Daiyan Trisha’

SEMAKIN cantik sehingga disangka artis Korea.

Nampaknya itu pujian yang menghujani Daiyan Trisha baru-baru ini selepas memuat naik foto memakai dres singkat berwarna hitam dalam Instagramnya.

Bukan Diva sahaja yang melihat foto tersebut dua kali untuk memastikan wanita tersebut adalah Daiyan kerana penampilannya memang seperti artis antarabangsa.

“Ingatkan bintang Korea mana tadi,” komen Mira Filzah.

Daiyan ke ini? Cantik sungguh sekarang,” puji netizen.

Selain semakin cantik, Diva perasan juga Daiyan sekarang semakin berani menggayakan busana yang agak seksi. Mungkin hanya untuk acara fesyen, bersangka baik sahajalah ya!

DIVA: Ramai puji Intan Najuwa nampak lebih berseri-seri sejak hamil.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok