Hyuna, Jun-hyun kahwin Oktober depan?

PENYANYI Hyuna dan Yong Jun-hyung dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober ini di Seoul, Korea Selatan.

Khabar angin itu kini bertiup kencang dan menjadi bualan hangat netizen serta penggiat seni.

Agensi Jun-hyun bagaimanapun berkata, mereka perlu mendapatkan pengesahan mengenai dakwaan tersebut daripada selebriti itu.

Hyuna dan Jun-hyung secara terbuka mengumumkan hubungan mereka pada Januari lalu dengan memuat naik gambar berpegangan tangan dalam media sosial.

Meskipun lelaki itu dikritik kerana pernah terpalit dengan isu skandal ‘gelapnya’ tetapi Hyuna seolah-olah tidak mengendahkan cercaan ramai. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok