SEJAK awal tahun lalu usaha pelakon Alif Satar menjadikan solat Subuh di masjid sebagai norma baharu berjaya menarik perhatian ramai.
Ada yang melihat inisiatif tersebut sebagai satu langkah positif dalam menggalakkan masyarakat Islam menunaikan solat Subuh di masjid.
Setelah hampir beberapa bulan berlalu, usaha tersebut masih berjalan dan mendapat sokongan padu daripada masyarakat.
Bahkan pengikut #GengSubuhMacamJumaat dilihat semakin aktif sehingga dilakukan di luar kawasan Lembah Klang.
Usaha Alif itu mendapat pujian khususnya dalam media sosial malah dia dikatakan bijak menggunakan ‘kuasa’ selebriti untuk mengajak masyarakat ke jalan kebaikan.
Ada juga yang mengatakan artis lain yang ada pegaruh besar wajar melakukan perkara serupa dan bukan hanya mengguna media sosial untuk mempromosikan produk semata-mata.
Bagi Diva ada betulnya juga pendapat warga maya kerana jika bukan Alif yang agresif melakukan aktiviti sebegitu, adakah artis lain yang akan melaksanakannya?
Tetapi, siapa tahu sebenarnya ada artis yang berbuat perkara baik memilih untuk tidak menguar-uarkan kepada khalayak.
Diva: Seronok lihat semakin banyak drama tempatan berkualiti dihasilkan hari ini. Barulah penonton puas nak menonton!