Gemuk orang tak peduli, dah ‘slim’ dengki pula – Abby Abadi

Didakwa langsing menggunakan cara tidak sihat, pelakon Abby Abadi menegaskan dia mengamalkan senaman serta menjaga pengambilan makanan agar dapat kembali ke berat ideal.

Kata Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, dia kesal apabila amalan gaya hidup aktif serta diet selepas prosedur bariatrik beberapa tahun lalu tidak dipercayai netizen.

Saya buat bariatrik sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi gagal sebab mengharapkan keajaiban kurus. Padahal kalau tak jaga, saya turun sikit sahaja.

“Sudah bertahun-tahun saya buntat (gemuk), dua tahun kebelakangan ini berat saya dekat 80 kilogram. Tiada siapa pun peduli.

Bila kita kurus sebab jaga makan, buang nasi, buang gula, bersenam, detox tiba-tiba ada yang muncul komen menghentam. Macam iri sangat kenapa macam itu?” katanya dalam Instastory.

Menerusi hantaran sama, ibu kepada enam anak itu turut menunjukkan keadaan fizikalnya yang tampak berisi suatu ketika dahulu.

Enggan terus dicaci, Abby meminta orang ramai jangan terlalu negatif melihat kejayaan seseorang mengubah penampilan diri serta mampu menjalani gaya hidup sihat.

Ambil jadi motivasi tak boleh ke? Kenapa mesti mencari salah? Buatlah apa-apa pun, tak jaga makan tak bersenam tak detox tetap bengkak juga.

“Tak ada magik ya kalau tiap-tiap hari minum air gas tapi nak kurus. kurangkan hasad dengki itu,” ujarnya.,

Terdahulu, pelakon drama Gerak Khas itu berkongsi gambar yang menunjukkan tubuhnya kembali langsing selepas mengikuti rejim senaman.

Akuinya, dia bantu anak sulung, Mohamed Danish Hakim, 21, yang bertindak sebagai jurulatih kecergasan selain memastikan dirinya tidak culas bersenam. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok