‘Elak bergaduh, jangan hubungi suami bila giliran madu’

MADU kepada pempengaruh Marissa Dania Hakim, Umisya Mazlan menjaga keharmonian rumah tangga dengan tidak menghubungi suaminya, Ahmad Aslam ketika giliran bersama isteri kedua.

Kata ibu kepada dua anak itu, dia memilih pendekatan sebegitu demi mengelakkan emosi menjadi tidak stabil sehingga berisiko mencetuskan pergaduhan yang tidak diingini.

Apabila giliran di sana, di sini (Umisya) hanya tak peduli (hal) masing-masing sebab lelaki ini cepat rimas.

“Untuk saya tak berfikir dan nak elak yang bukan-bukan, saya tak hubungi Aslam, tak mengganggu atau apa-apa, hanya tak peduli. Itu tip saya.

Sebab kalau ‘contact’, kita ada rasa untuk tanya yang bukan-bukan. Nak elakkan emosi dan pergaduhan lebih baik tak payah tanya,” katanya menerusi perkongsian video dalam TikTok.

Menerusi sesi menjawab soalan pengikutnya, Umisya, 25, atau nama panggilan Misya mengakui perlu reda selepas memilih untuk terus kekal dalam perkahwinan poligami.

Bahkan dia juga berharap orang ramai tidak lagi membuat perbandingan antara dirinya dengan Marissa.

Bila mana kita memilih untuk ‘stay’, jadi kita kena terima kesannya tapi setakat ini tak ada yang mengalah, buat apa saya nak mengalah?

“Saya pun tak tahu kenapa perlu membanding-bandingkan kami. Saya, sayalah, dia, dialah.

Sebenarnya orang tak faham poligami boleh nak tanya tapi jangan sebut nama-nama orang yang tak berkenaan atau menyebabkan pergaduhan,” ujarnya.

Kisah rumah tangganya dengan Aslam menjadi sorotan ramai selepas lelaki itu bernikah secara rahsia dengan Marissa yang juga anak pelakon Abby Abby bersama Norman Hakim itu pada 27 Disember tahun lalu.

Pergolakan keluarga terbabit mencetuskan kontroversi sebaik pernikahan di Songkhla, Thailand
itu didedahkan kepada umum apatah lagi Abby serta Norman juga didakwa tidak mengetahui perkara tersebut.

Begitupun, kemelut dapat diredakan beberapa bulan kemudian apabila kedua-dua isteri penghantar barang itu mula berdamai dengan takdir dengan memilih untuk fokus dengan hidup masing-masing.  – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok