Duit berkepuk Che Ta dalam beg plastik

GELAGAT pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta memang tidak pernah mengecewakan apabila ada sahaja perkara mencuit hati dikongsikan dalam media sosial.

Terbaharu, bintang drama Kiah Pekasam itu dilihat bercuti di sebuah pusat peranginan bersama keluarga dan beberapa kawan rapat.

Biasalah, gaya Che Ta memang hebat dan menyerlah apabila menggayakan persalinan hijau senada dengan kasut serta beg tangan mewah.

Menariknya, seorang rakan memintanya menunjukkan apa yang diisi dalam beg tersebut sebelum individu itu mengambil satu beg plastik berisi wang kertas.

Begitupun, dengan pantas ibu kepada tiga anak itu menyimpan kembali duit tersebut tetapi situasi tersebut mengundang komen nakal peminat.

Ini baru duit berkepok, ada orang ‘handbag’ sahaja mahal tapi duit sengkek,” kata seorang netizen.

Mata Mizz Lahar pun tak lepas pandang sampai ulang beberapa kali video yang dikongsi dalam TikTok itu sambil mencongak agak-agak berapa jumlahnya.

MIZZ LAHAR: Terkenangkan Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang mempunyai aura luar biasa setiap kali muncul di mana-mana majlis.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok