Dugaan berganda, usus anak sulung Eyra Hazali bengkak

SELEPAS anak kedua disahkan ada masalah buah pinggang kering, pelakon Eyra Hazali sekali lagi diuji apabila putera sulungnya, Hayder Qhalish mengalami bengkak usus.

Melihat keadaan Hayder tidak bermaya sejak keluar dari hospital minggu lalu, Eyra atau nama lengkapnya Hazirah Qasdina Hazali, 25, terus bergegas ke hospital selepas anaknya itu cirit-birit.

“Hayder keluar wad pada hari Khamis tetapi dia mengadu sakit perut serta cirit -birit. Boleh kata 20 kali ulang-alik ke tandas.

Semalam Hayder sakit sangat dan nampak tak bermaya, kami buat keputusan untuk bawa dia ke hospital. Memang dehidrasi, jadi doktor cakap kena masud wad.

“Hari ini buat ultrasound rupanya usus Hayder bengkak. Kemungkinan sebab tak betul-betul sembuh semasa di hospital tempoh hari serta kerap cirit yang membuatkan ususnya bengkak,” kongsinya menerusi Instagram semalam.

Bagaimanapun, isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nazli menarik nafas lega apabila anaknya tidak menunjukkan sebarang petanda penyakit serius.

Sampel najis pun tidak mengesan rotavirus atau apa-apa yang merisaukan.

“Jadi, sekarang Hayder makan antibiotik, insya-Allah ambil masa beberapa hari untuk kurangkan bengkak,” ujarnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok