‘Doakan yang terbaik’ – Hafidz Roshdi tiba di mahkamah bersama isteri

PELAKON Hafidz Roshdi hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru dengan ditemani isteri, Athira Yuhada bagi sebutan kes pukul terhadap bekas isteri iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri hari ini.

Hafidz atau nama lengkapnya Mohammad Hafidz Roshdi, 29, dilihat memasuki ke pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Menguntum senyuman ketika disapa media, Hafidz mengharapkan prosiding berjalan lancar.

Doakan yang terbaik,” katanya ringkas.

Pada sebutan kes 9 Jun tahun lalu Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak untuk dibicarakan selepas pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan psikiatri aktor itu.

Pada 2 Mac tahun lalu, Shuhada telah membuat laporan polis telah ditumbuk oleh Hafidz beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian pipi.

Sehubungan itu, Hafidz didakwa atas pertuduhan mencederakan Shuhada mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Syeksen 326 A kanun yang sama.

Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3.

Pasangan itu kemudian disahkan bercerai talak satu pada 27 Julai 2023. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok