Doakan keputusan x-ray, darah tiada apa-apa – Alyah

PENYANYI Datin Alyah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya selepas mengalami batuk berpanjangan ketika menunaikan ibadah haji baru-baru ini.

Susulan itu, Alyah atau nama penuhnya Noor Hasliah Abu Hassan, 43, bergegas pulang ke tanah air pada 4 Julai lalu usai selesai rujun Islam yang kelima itu meski dijadualkan kembali pada 17 depan.

“Saya buat keputusan balik ke Malaysia pada 4 Julai yang sepatutnya saya pulang pada 17 Julai 2024.

Batuk saya masih belum sembuh. Sudah hampir dua minggu dan setiap kali batuk rusuk kiri saya macam mencucuk.

“Doktor membekalkan ubat tahan sakit sepanjang penerbangan pulang dan mendapatkan rawatan sejurus pulang ke tanah air,” katanya dalam Instagram.

Alyah turut memohon maaf sekiranya dia tidak dapat menjawab sebarang panggilan dan mesej yang dihantar kepadanya.

Sekarang saya berada di wad hospital, kepada sesiapa yang menelefon atau whatsApp tak berjawab saya minta maaf banyak-banyak.

“Mohon doakan, saya harap pagi (Sabtu) ini keputusan sinar-X dan darah saya tidak ada apa-apa,” katanya lagi.

Terdahulu, Alyah berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi mengejarkan ibadah haji pada 12 Jun lalu.

Dia ke sana tanpa ditemani suami tercinta, Datuk Ramli MS. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok