SUDAH lali dihina hodoh, pelakon Wawa Zainal mendedahkan dirinya sering menjadi mangsa ejekan ketika di bangku sekolah.
Meskipun terasa hati, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 32, berkata dia memilih untuk memekakkan telinga setiap kali berdepan penghinaan.
Tipulah kalau tak pernah kena ‘face shaming’, apatah lagi ketika waktu sekolah dulu. Biasalah, kena ejek telinga besar piring Astro
“Itu boleh kata biasa lagi, ada yang lagi teruk sampai kata saya ini buruk dan hodoh.
Saya abaikan sahaja walaupun terasa hati, kita pula muda lagi ketika itu. Tapi apabila sudah terbiasa, malas nak layan,” katanya kepada HibGlam.
Sementara itu, suaminya, Aeril Zafrel berpendapat ejekan dan buli yang berlaku di sekolah akan memberi impak mendalam sehingga dewasa.
“Buli sebenranya bahaya, kita akan ingat orang yang kutuk kita sampai dewasa.
“Yelah, kata-kata budak sekolah tak jadi motivasi pun sebaliknya makan dalam.
“Dalam masa sama, perkara itu (ejekan) membuatkan kita ingin berubah jadi lebih baik dan sekadar kenangan zaman persekolahan sahaja,” ujarnya.
Wawa dan Aeril yang berkahwin pada 2013 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 10, Hayla MaghYratul Adzkiyaa, 8, Ayya Soffya, 4, dan Muhammad Fahri, 3 tahun. – HIBGLAM