Diana Rafar jentik siapa?

TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba pelakon Diana Rafar meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap individu yang tidak menghargai pemberian dan bantuan ikhlasnya.

Isteri kepada aktor Zamarul Hishan itu juga mendakwa individu terbabit menjaja fitnah sekali gus cuba menjatuhkan namanya.

Katanya, orang yang dibantu itu bukan sahaja tidak tahu berterima kasih, bahkan mencanang cerita buruk mengenai dirinya tanpa segan silu.

Situasi tersebut tentu sahaja mengundang persoalan ramai apatah lagi Diana tidak menyebut identiti pihak dimaksudkan.
Pada masa sama, dia juga meminta pengikut laman sosialnya mendoakan agar individu tersebut diberi hidayah Allah.

MIZZ LAHAR: Agaknya siapa kawan yang dikatakan Zara Zya menjauhkan diri daripadanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok