‘Diam lebih baik, tak perlu tutup salah dengan ‘posting’ suci’

PELAKON Rita Rudaini tampil menegur tindakan segelintir individu menggunakan agama bagi menutup kesalahan diri.

Ujar Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, perbuatan tersebut hanya sia-sia apabila sekadar menenangkan hati sendiri sedangkan sudah terang-terangan melakukan kesalahan.

“Kadang-kadang nak tutup malu dan nak ‘cover’ salah, mulalah nak jelaskan panjang-panjang. Contoh, tiba-tiba teringat nak buat doa selamat, tiba-tiba teringat nak berbakti pada anak yatim.

Mungkin boleh nampak baik, suci dan murni. Mungkin? Mulalah ‘menunggang’ apa saja yang boleh ditunggang.

“Hati meronta-ronta nak buat siaran langsung nak posting kata-kata suci dan macam-macam. Benda itu semua nak sedapkan dan puaskan hati sendiri,” katanya menerusi Instagram Story.

Bintang filem Mami Jarum itu turut menitipkan nasihat buat individu yang melakukan kesalahan agar berdiam diri supaya tidak timbul isu lain.

“Dik, memang susah kita nak puaskan hati orang dan tak perlu pun.

Jadi, lebih baik diam supaya tak ada timbul isu baru yang boleh buat orang marah, ‘annoying’, salah faham atau apa-apa sajalah,” katanya.

Meskipun Rita tidak menyebut nama mana-mana individu, rata-rata netizen berpendapat hantaran tersebut ditujukan kepada pelakon Ruhainies yang menyambut ulang tahun kelahiran dengan berkongsi rezeki bersama anak-anak tahfiz, baru-baru ini. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok