Sering dilihat meluangkan masa bersama, pelakon Byun Woo-seok dilaporkan sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Stephanie.
Khabar angin tentang hubungan pasangan sama cantik sama padan itu mula tersebar apabila foto aktor berusia 32 tahun itu bercuti bersama wanita terbabit ‘bocor’ dalam media sosial.
Menerusi sekeping foto diambil Woo-seok dalam kereta api, netizen melihat bayangan seorang wanita yang didakwa Stephanie terpantul di bahagian cermin.
Sebelum ini pada tahun 2022, jejaka tampan itu juga turut berkongsi foto di sebuah kafe, Pacino dan hari yang sama juga Stephanie memuat naik foto berada di restoran serupa.
Malah, Woo-seok dan Stephanie turut didakwa mengikuti akaun Instagram masing-masing oleh sebilangan peminat fanatik mereka.