Chen exo nampak tua

WAJAH kelihatan tua sebelum usia, penampilan terbaharu anggota kumpulan exo, chen ketika melakukan video siaran langsung bersama peminat meraih perhatian orang ramai.

Chen atau nama sebenarnya kim jong-dae menjadi topik dalam media sosial apabila wajahnya didakwa kelihatan lebih tua berbanding usia sebenarnya iaitu 32 tahun.

Malah, penyanyi itu turut ditegur tidak menjaga penampilan sejak bergelar seorang bapa.

Kenapa wajah dia nampak lain? Macam orang tak terurus, ini kalau jumpa tepi jalan tiada siapa yang kenal,”  komen netizen.

“Wajah dia nampak lain selepas berkahwin, mungkin dah tiada masa untuk menjaga penampilan selepas ada anak,” komen seorang pengguna media sosial.

Bagaimanapun terdapat juga peminat tampil mempertahankan Chen dan menganggap imej sebegitu perkara biasa memandangkan penyanyi itu sudah pun menginjak usia 30-an.

Tiada siapa kekal abadi dengan wajah tegang, kulit akan berkedut seiring usia,” komen seorang peminat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok