Cantik betul Diana Danielle bertudung, teruskan – Netizen

PERKONGSIAN foto manis berhijab, pelakon Diana Danielle dihujani pujian dan doa semoga terus mengekalkan imej muslimah.

Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, memuat naik hantaran menggayakan tudung dan abaya berwarna jingga hawani dalam Instagram semalam.

Pelakon itu bagaimanapun tidak menjelaskan atau menyatakan butiran terperinci mengenai tujuan tampil dengan imej sedemikian dalam perkongsian berkenaan.

“Oyen hawani #filemmemori,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sementara itu, menjengah bahagian komen ramai pengguna media sosial mendoakan ibu dua anak itu terus istiqamah berhijab.

“Masya-Allah cantik betul.

“Semoga Allah membuka pintu hati untuk kekal istiqamah dan mendapat reda Allah.

“Cantik. Semoga kekal istiqamah dan teruskan dengan gaya sebegini.

“Berseri dan cantik. Harap dapat diteruskan,” antara komen peminat di Instagram.

Tidak hanya itu, beberapa rakan artis termasuk penyanyi Aisha Retno dan Amylea Azizan turut memuji penampilan Diana. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok