Bukan tak mandi, muka barai lepas lama kena ‘sidai’ – Masdo

DIKECAM nampak tidak bersiap dalam poster konsert Round Festival 2024, Kugiran Masdo tampil mempertahankan diri dengan memaklumkan foto itu dirakam ketika mereka baru selesai kerja selepas seharian di set.

Jelas Putu Ceri, 37, gambar yang digunapakai dalam promosi adalah merupakan situasi selepas berjam-jam menyiapkan video muzik, bukan tidak mandi seperti yang diperkatakan segelintir pihak.

Gambar dalam poster itu dirakam sewaktu kami habis menjalani penggambaran video muzik lagu Pujaanku.

“Proses menjalani penggambaran mengambil masa seharian, memang barai dan disidai semua.

Kami bagi gambar profil lain tetapi mereka gunakan foto ini yang diambil dalam aplikasi Google,” kata Putu atau nama sebenarnya Ahmad Azanol Khushairie.

Sementara itu, Asmawi turut berterima kasih kepada peminat yang prihatin dengan penampilan Masdo sekali gus buka mata mereka untuk berubah.

Terima kasih juga yang buat yang menegur, kalau tidak kami tak perasan pun sebab merasakan diri sudah tampan.

“Mungkin kami boleh mengambil jururias kerana sangat santai. Macam Ali, dia sudah mula gunakan produk,” selorohnya.

Dalam perkembangan lain,Masdo bakal memeriahkan sambutan ambang merdeka bersama Spider dan Ella dalam konsert Mahardika di Spice Arena Penang, Pulau Pinang pada 30 Ogos depan.

Tiket sudah mula dijual bermula Harga RM98 (Standing), RM118 (Silver zone), RM128 (Rock zone), RM148 (Platinum), RM198 (Gold), RM350 (VIP) menerusi laman sesawang www.ticket2u.com. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok