Berlibur di pantai, Bella Astillah tak jaga idah?

BELUM sampai sebulan bercerai, pelakon dan penyanyi Bella Astillah dilihat menikmati percutian tepi pantai bersama adiknya, Didi Astilah dan beberapa individu dipercayai rakannya.

Dalam video yang dikongsi kenalan, kelihatan ibu tunggal kepada dua anak itu seronok bermain bola tampar.

Namun, bukan imej seksi mahupun tatu yang menjadi perhatian, sebaliknya tindakan Bella keluar bersuka ria sedangkan masih dalam idah.

BELLA bercuti dengan adiknya Didi dan rakan.

Bella bercerai dengan pelakon Aliff Aziz pada 12 Jun lalu, bermakna tempoh idahnya adalah empat bulan 10 hari.

Bukanlah tak boleh keluar langsung kerana ibu tunggal pun kena bekerja demi mencari rezeki untuk anak-anak.

Mungkin itu video lama atau waktu tersebut Bella sedang bekerja. Jadi maafkan Mizz Lahar kalau tersalah sangka.

MIZZ LAHAR: Tabik dengan seorang selebriti yang bertahun-tahun dapat sorok status kahwin.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok