Banyak ragam, saya suka suara sekarang – Siti Nurhaliza

HAMPIR tiga dekad bergelar penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan dirinya bertuah kerana berpeluang merakamkan banyak lagu dalam pelbagai fasa usia.

Kata Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 45, pengalaman tersebut membolehkan dirinya membandingkan perbezaan suara mengikut peredaran umur.

“Banyak ragam masing-masing. Ada yang kata suka suara semasa saya kecil sehingga ada yang cakap kalau boleh suara Siti kekal begini.

Untungnya saya dapat rakam lagu dalam banyak fasa. Semasa dibangku sekolah, saya akui banyak menyanyi menggunakan hidung disebabkan itu kedengaran sengau tetapi ketika itu teringin sangat suara ada ‘tone base’.

“Zaman remaja suara saya semakin tebal. Kemudian fasa selepas kahwin dan mengandung sehinggalah anak dua,” katanya semasa Konsert Fenomena yang berlangsung di Theatre Singapura, baru-baru ini.

Pada masa sama, penyanyi nombor satu negara itu memaklumkan punca perubahan suaranya disebabkan sering menggunakan otot peti suara sehingga menjadi lebih matang.

Suara kita sering bertukar sebab menurut komposer terkenal tanah air, Aubrey Suwito peti suara adalah otot. Bila lama digunakan, akan lebih matang.

“Suara betul-betul ada ‘base’ sendiri dan saya suka suara saya sekarang,” jelasnya.

Sebelum ini Siti dikritik apabila ton suaranya dikatakan sudah tidak kedengaran seperti dahulu.

Bagaimanapun, ada segelintir peminat memuji dan mengakui lebih menyukai suara terkini ibu kepada dua cayaha mata itu.  – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok