181
SELEPAS lima bulan bercerai, pelakon Hwang Jung-eum dikatakan sudah menemui cinta baharu.
Menurut laporan media, pelakon drama To My Heart itu kini hangat menjalin hubungan dengan atlet bola keranjang, Kim Jong-kyu yang tujuh tahun lebih muda daripadanya.
Perkara tersebut disahkan agensi Jung-eum, Y-One Entertainment dalam satu kenyataan rasmi.
“Hwang Jung-eum dan bintang bola keranjang itu saling menyukai dan kini dalam proses memahami hati budi,” ujar wakil agensi terbabit. – HIBGLAM