Angah tinggalkan Sinar FM sebab tak sihat

SAYA ambil keputusan berhenti dari radio Sinar.”

Demikian perkongsian pelawak Angah yang mengambil keputusan berundur sebagai penyampai radio stesen radio Sinar FM atas faktor kesihatan.

Angah atau nama sebenarnya Iskandarsah Hashim, 46, berkata, dia kerap mengambil cuti akibat masalah kesihatan sekali gus bimbang membebankan rakan sekerja.

“Saya ambil keputusan untuk berhenti dari radio Sinar. Tidak tahu sama ada sekejap atau lama.

Apabila saya cuti, takut orang ingat benda main-main padahal ini mengenai kesihatan.

“Selagi tidak sihat, tidak mahu berlarutan seperti bangun pagi tiba-tiba sakit terpaksa bercuti sehingga ganggu kawan-kawan,” katanya dalam segmen Pagi Di Sinar Bersama rakan penyampai Jep dan Rahim.

Bagaimanapun, Angah tidak menjelaskan secara terperinci penyakit dihudapi sehingga mengambil keputusan berhenti daripada tugas sebagai penyampai radio.

Malah, pelakon filem Adnan Sempit itu memaklumkan dia masih memerlukan pekerjaan tetapi enggan komitmen terganggu disebabkan masalah yang dihadapi.

Saya memang nak kerja, saya tak datang bukan saja-saja tetapi fasal saya sakit,” ujarnya.

Sebelum ini, bekas peserta program Raja Lawak itu pernah mendedahkan dia berdepan masalah diabetes selain darah tinggi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok