Amboi artis dari negeri mana menang?

SABAN hari pasti ada sahaja trend baharu akan muncul dalam media sosial dan mutakhir ini, lagu tentang negeri-negeri di Malaysia pula tular.

Dinyanyikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @abgpau01, lagu-lagu tersebut mencuri perhatian ramai termasuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi video yang dimuat naik Siti, dia menyanyikan lagu versi anak kelahiran negeri Pahang.

Sementara beberapa selebriti tanah air lain seperti Wafariena, Erra Fazira dan Haiza turut menggunakan lagu dihasilkan @abgpau01, namun mengikut negeri kelahiran masing-masing iaitu Pulau Pinang, Selangor serta Johor.

Ada juga yang berpendapat trend tersebut ibarat ‘perang’ antara negeri masing-masing, namun menyeronokkan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok