Ambil ‘rumah’ BTS, peminat pangkah Kim Woo-bin

TINDAKAN pelakon Kim Woo-bin membeli bangunan lama yang pernah menjadi ibu pejabat agensi BTS mengundang rasa kurang senang peminat fanatik kumpulan tersebut.

Menurut sebuah laporan, aktor berusia 35 tahun itu membeli bangunan tersebut dengan harga bernilai RM61.8 juta pada 25 Jun lalu.

Sebelum ini, bangunan yang terletak di Gangnam itu dahulunya menempatkan syarikat pengurusan BTS iaitu Big Hit Entertaiment sejak 2007.

Namun, setelah populariti kumpulan tersebut naik mendadak, mereka mengambil keputusan berpindah ke lokasi lain pada tahun 2018.

Walaupun tidak lagi digunakan, bangunan tersebut tetap menerima kunjungan peminat dari seluruh dunia, malah dindingnya turut dipenuhi dengan contengan mesej buat BTS.

Susulan itu, rata-rata peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai ARMY meluahkan kebimbangan sekiranya contengan mesej berkenaan akan dihapuskan.

“Dah tiada bangunan lain ke untuk awak beli, pejabat tersebut banyak kenangan buat kami sebagai peminat BTS, sedihnya segala ucapan akan dihapuskan,” komen seorang peminat.

“Banyak ucapan peminat di dinding bangunan tersebut, kalau hilang itu maka tiadalah memori kami dengan BTS, tolong beli bangunan lain,” demikian komen seorang lagi peminat fanatik.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok